Info Prepaid

CelcomDigi Tawar Data Percuma Kepada Pelanggan Terpilih Sempena Hari Malaysia

12 September 2026
1 min bacaan
file 0000000001688230a561e97c535851ac

Sempena Hari Malaysia, CelcomDigi ada menghantar SMS kepada pelanggan terpilih berkenaan promosi data percuma. Berdasarkan SMS yang diterima pelanggan tersebut boleh mendapatkan 5 GB data percuma dengan menambah nilai minimum RM5 manakala tambah nilai sebanyak RM10 ke atas pula akan mendapat 10GB data percuma.

img 20260912 185115
SMS Promosi Daripada CelcomDigi

Promosi ini adalah untuk satu kali sahaja dan mempunyai tempoh promosi terhad. Pelanggan tersebut perlu menambah nilai dalam tempoh promosi iaitu sebelum atau pada 15 September 2026. Data yang diterima juga adalah sah dalam masa 3 hari sahaja.

Kami juga tidak ketinggalan untuk merebut promosi ini. Tak sampai satu jam selepas kami menambah nilai sebanyak RM20 menggunakan 6s Topup, kami menerima SMS yang menyatakan kami telah menerima 10GB data percuma.

img 20260912 183634
SMS data percuma telah diterima
screenshot 2026 09 12 18 37 09 757 com.celcomdigi
Data percuma yang diterima boleh disemak melalui aplikasi CelcomDigi pada bahagian Usage

shahmir
Penulis

shahmir

Untuk test sahaja. Pencipta web MNS Store dan pencinta Aina

Kongsi Artikel

Shopping Cart